5 Pengganas Zionis Terbunuh, 60 Tercedera

pengganasBETHLEHEM, 20 Jul 2014 (Maan) — Tentera rejim Zionis mengumumkan hari ini bahawa lima askar dan pegawai mereka terbunuh dan 60 lagi tercedera dalam pertempuran di Gaza sejak bermulanya serangan darat.

Jumlah kematian dan kecederaan tentera pengganas Zionis dijangka meningkat kerana langkah tentera Zionis merahsiakan maklumat, menyebabkan berita yang disiarkan kepada pihak media tertangguh.

Mereka yang tercedera termasuk seorang komander elit Briged Golani, Kol. Ghassan Alian, yang merupakan komander Druze pertama bagi briged tersebut.

64,000 tentera simpanan Zionis dikerahkan bertugas sejak bermulanya serangan rejim pengganaz Zionis ke atas Gaza 13 hari lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts