AL-QUDS, 13 Nov 2017 — Kira-kira 50 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah dengan dikawal oleh pasukan polis lengkap bersenjata pagi tadi.

Mereka berarak dan meninjau-ninjau di atas tapak suci umat Islam itu sambil melakukan ritual Talmud, dengan diiring oleh pasukan keselamatan khas Zionis, sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

(Sumber: PIC)

SHARE