500 Penduduk Palestin Dalam Tahanan Pentadbiran

RAMALLAH, 1 Okt 2015 (Palinfo) — Tahanan pentadbiran ke atas penduduk Palestin sepanjang bulan lalu mencatatkan bilangan tertinggi sejak tahun 2009. Sepanjang Oktober seramai 181 orang ditahan berikutan arahan pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, supaya pihak tentera meningkatkan polisi tahanan tanpa pengadilan itu.

Persatuan Tahanan Palestin menjelaskan bahawa dua orang kanak-kanak, seorang wanita dan 23 penduduk Al-Quds adalah di anatara mereka yang ditahan pada bulan lalu.

Rejim Zionis menggunakan tahanan pentadbiran sebagai mekanisma untuk menghalang dan menghukum masyarakat Palestin yang membantah penjajahan, yang kini mencecah seramai 500 orang.

Pertubuhan hak asasi antarabangsa telah beberapa kali mendesak supaya polisi tahanan pentadbiran dihentikan, di mana ribuan penduduk Palestin ditangkap hanya berdasarkan “maklumat rahsia” yang tidak dapat diketahui oleh mangsa mahupun peguam mereka. Selain daripada ditahan tanpa sebarang pengadilan atau pertuduhan, tempoh tahanan mangsa juga boleh dilanjutkan tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts