500 penduduk Palestin dipenjara kerana siaran di Facebook

RAMALLAH, 14 Mei 2018 — Pusat Kajian Tahanan Palestin melaporkan sekitar 500 orang penduduk Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, dikurung dalam penjara kerana tuduhan menghasut melalui siaran maklumat yang dibuat melalui media sosial Facebook.

Kempen menangkap penduduk Palestin dengan tuduhan menghasut melalui Facebook bermula sejak tercetusnya Intifadah al-Quds, dengan menubuhkan “Unit Siber” bagi memantau akaun media sosial penduduk Palestin.

Sebarang siaran yang menyanjung syuhada Palestin, mendedah jenayah Zionis, menyokong perjuangan pembebasan, atau menulis perkataan serta ungkapan termasuk “syahid” dan “intifadah” dianggap sebagai menghasut keganasan.

(IMEMC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts