500 penduduk Palestin ditangkap kerana tulisan di Facebook

GAZA, 7 Okt 2018 — Rejim Zionis menangkap lebih 500 penduduk Palestin termasuk wanita, kanak-kanak dan juga Ahli Parlimen hanya kerana tulisan yang mereka paparkan di laman media sosial Facebook.

Laporan Pusat Kajian Tahanan Palestin menyebut bahawa rejim penjajah mula menangkap penduduk Palestin atas kaitan dengan penulisan atau mesej mereka di laman-laman sosial sejak tercetusnya Intifadah al-Quds, dengan mendakwa mesej-mesej tersebut menghasut keganasan ke atas penjajah.

Rejim Zionis membentuk “Unit Siber” untuk memantau mesej-mesej dalam media sosial. Sebahagian mangsa dihukum penjara, sementara sebahagian lagi dikenakan tahanan dalam rumah dan diharamkan mengguna laman-laman sosial.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts