500 penduduk Palestin jalani hukuman penjara seumur hidup

RAMALLAH, 21 Mac 2017( Maan) –Mahkamah tentera Zionis di Ofer Ahad lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pemuda Palestin Muhammad Abd al-Basit Hroub, 23, dan denda sebanyak 750,000 shekel (RM904,000,) menjadikan beliau penduduk Palestin yang ke-500 menjalani hukuman seumur hidup.

Beliau dituduh terlibat dalam serangan yang telah membunuh seorang rakyat Amerika pada bulan November 2015. Rumah keluarganya telah dimusnahkan oleh tentera Zionis pada bulan Februari 2016.

Undang-undang Zionis menetapkan hukuman seumur hidup adalah selama 99 tahun.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts