RAMALLAH, 26 Sep 2017 — Jumlah tahanan Palestin yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup kini mencecah 501 orang, apabila tahanan Amjad al-Najjar dikenakan hukuman tersebut semalam.

Amjad, 37, dihukum penjara seumur hidup dan denda sebanyak 350,000 shekel atas tuduhan terlibat dalam serangan yang membunuh seorang pendatang Yahudi dan mencederakan tiga yang lain pada bulan Jun 2015.

Seramai enam orang penduduk Palestin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sejak awal tahun 2017.

Hampir 6,500 tahanan Palestin kini dikurung dalam 22 buah penjara Zionis, di mana 500 daripada mereka ditahan tanpa sebarang pertuduhan atau pengadilan.

SHARE