509 penduduk Palestin ditangkap sepanjang bulan Mac

RAMALLAH, 9 Apr 2017 (Maan) — Rejim Zionis menangkap seramai 509 penduduk Palestin sepanjang bulan Mac lalu.

Laporan bersama yang dikeluarkan oleh empat pertubuhan has asasi tahanan iaitu Persatuan Tahanan Palestin, Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan Palestin, Pusat Hak Asasi al-Mezan, dan Addameer, menyebut mereka yang ditahan termasuk 75 orang remaja lelaki, 11 orang wanita, dua remaja perempuan, lima jurnalis dan seorang ahli parlimen.

Seramai 160 orang ditahan dari al-Quds manakala 338 orang lagi dari Tebing Barat dan 11 orang dari Gaza.

Seramai 111 orang daripada mereka dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan atau pendakwaan.

Menurut Addameer, seramai 6,500 penduduk Palestin kini dikurung dalam penjara Zionis, termasuk 53 orang wanita dan 300 kanak-kanak. Seramai 536 orang dikenakan tahanan pentadbiran. Kira-kira 40% penduduk Palestin pernah merengkok dalam penjara Zionis sepanjang hidup mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts