RAMALLAH, 8 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap 511 penduduk Palestin sepanjang bulan Oktober, termasuk 74 kanak-kanak dan 15 wanita.

Kenyataan bersama tiga pertubuhan hak asasi, Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Addameer dan Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, hari ini menyebut seramai 100 orang ditangkap dari Tulkarem, 91 dari Baitulmaqdis, 75 dari al-Khalil, 61 dari Ramallah, 45 dari Nablus, 44 dari Jenin, 28 dari Qalqiliya, 26 dari Beit Lahm, 12 dari Gaza, 10 dari Tubas, 10 dari Jericho dan sembilan lagi dari Salfit.

Di samping itu, seramai 73 orang dikenakan tahanan pentadbiran, tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan, melibatkan 42 tahanan baharu. Ini menjadikan jumlah tahahan pentadbiran seramai 430 orang.

Sekitar 6,000 penduduk Palestin kini merengkok dalam penajra Zionis, termasuk 52 wanita, salah seorang daripadanya kanak-kanak, dan 270 kanak-kanak di mana 50 daripada mereka berumur bawah 16 tahun.

(Maan)

SHARE