52 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Sep 2018 — Segerombolan 52 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Mereka dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis dan berarak di atas tapak suci umat Islam itu, sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang mereka dakwa pernah berdiri di situ serta melakukan ritual Talmud.

Di samping itu, tiga pegawai perisikan dan empat pegawai polis Zionis turut menceroboh masuk dan berlegar di seluruh perkarangan masjid.

Pencerobohan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa dilakukan hampir setiap hari, dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada dari jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi manakala sesi kedua bermula selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur dan berlanjutan selama satu jam.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts