55 tahanan terbunuh kerana tidak mendapat rawatan ketika dalam penjara

NABLUS, 18 Ogos 2016 (PIC) — Lebih 207 tahanan Palestin meninggal dunia ketika ditahan dalam penjara Zionis, 55 daripadanya akibat sengaja dibiarkan tanpa mendapat rawatan.

Pengabaian terhadap rawatan perubatan yang diperlukan oleh para tahanan merupakan sebahagian daripada polisi rejim Zionis untuk mendera mereka secara psiko-fizikal.

Selasa lalu, bekas tahanan Naim Shawamreh meninggal dunia selepas tiga tahun dibebaskan akibat penyakit otot yang dihidap ketika ditahan dalam penjara.

Manakala bekas tahanan Jawad al-Faroukh, 30, dalam afidavit beliau mendakwa dibiarkan tanpa sebarang rawatan setelah mengidap radang yang teruk akibat dipukul oleh tentera ketika ditangkap pada bulan Disember lalu. Klinik di penjara Ofer hanya memberikan beliau ubat tahan sakit sepanjang enam bulan berada dalam tahanan pentadbiran. Pihak penjara juga menangguhkan pembedahan ke atas beliau, walaupun sebuah hospital Zionis menetapkan supaya beliau dibedah dengan segera.

Tahanan lain, Bassam al-Sayeh, yang mengidap sakit barah darah dan tulang dalam penjara Ramla juga diabaikan sejak merengkok sejak Oktober 2015.

Lebih 1,200 tahanan Palestin sedang menderita sakit dalam penjara Zionis, termasuk 24 pesakit barah. Pihak Zionis menahan mereka sehingga tidak ada lagi peluang untuk pulih, sehinggakan ramai yang meninggal dunia tidak lama selepas dibebaskan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts