554 penduduk Palestin termasuk 130 kanak-kanak ditangkap sepanjang Oktober

RAMALLAH, 2 Nov 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis telah menangkap seramai 554 penduduk Palestin sepanjang bulan Oktober lalu. Seramai 130 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 11 yang lain adalah wanita.

Sebanyak 261 tangkapan, termasuk ke atas 91 kanak-kanak, berlaku di al-Quds. Manakala wilayah al-Khalil dan Nablus masing-masing mencatat 60 dan 54 tangkapan.

Tentera Zionis turut menangkap 48 orang di Beit Lahm, 30 di Jenin, 27 lagi di Ramallah dan al-Birah, 26 di Tulkarem, 23 di Qalqiliya, sembilan di Tubas, lapan di Jericho, empat di Salfit dan empat yang lain di Gaza.

Jumlah tahanan Palestin dalam penjara Zionis kini mencecah 7,000 orang, di mana 64 daripada mereka adalah wanita termasuk 13 orang di bawah umur. Seramai 400 orang kanak-kanak turut dipenjara.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts