56 Pendatang Dan Pelajar Yahudi Ceroboh Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 20 Nov 2017 — Pasukan polis Zionis mengiringi gerombolan 44 pendatang bersama 12 pelajar Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu selama lebih tiga jam, dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan khas.

Pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa hampir setiap hari, dalam dua pusingan. Pusingan pertama bermula dari jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi. Pusingan kedua bermula selepas para jemaah selesai solat Zuhur dan berterusan selama satu jam.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts