56 pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa, penjaga masjid ditangkap

BAITULMAQDIS, 15 Mei 2018 — Seramai 56 orang pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan diiringi oleh pasukan polis Zionis pagi tadi.

Mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu secara provokatif dengan melakukan ritual Talmud sehingga menghasut para jemaah.

Dalam kejadian berkaitan, penjaga Masjid al-Aqsa, Samer Mujahed, ditangkap oleh pasukan polis Zionis di Kota Lama. Terdahulu, polis Zionis mengharamkan dua orang penjaga masjid memasuki perkarangan al-Aqsa untuk tempoh selama dua minggu.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts