56 wanita Palestin masih dikurung dalam penjara Damon dan Sharon

RAMALLAH, 6 Jun 2018 — Seramai 56 tahanan wanita Palestin termasuk enam kanak-kanak bawah umur masih dikurung dalam penjara Damon dan Sharon, di mana lapan daripada mereka masih dalam keadaan cedera tanpa diberi rawatan.

Menurut peguam Hanan Khatib dan Hibah Mushalahah yang melawat dua penjara tersebut, setiap aspek kehidupan para tahanan dipenuhi dengan penderitaan, termasuklah ketika melalui proses pemindahan. Mereka dilayan dengan kasar dan bengis oleh tentera Noshon, iaitu pasukan khas untuk tugasan memindah tahanan, dan dicampur aduk tahanan lelaki dan wanita dalam satu kenderaan.

Mereka juga dikurung dalam bilik tahanan yang sempit, di mana bilik-bilik sering digeledah dalam keadaan dipaksa menanggalkan pakaian.

Keluarga mereka dihalang membawa sabun untuk kegunaan mencuci pakaian. Pihak penjara bahkan tidak dibenarkan bertemu dengan anak-anak kecil mereka.

Tahanan yang sakit tidak diberikan ubat serta rawatan yang diperlukan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts