560 Rumah Ranap Dibom, 195 Terkorban

kematianGAZA, 15 Julai 2014 (MEMO) — Menteri Kerja Raya dan Perumahan Palestin, Mofeed Al-Hasayneh, mengesahkan bahawa jumlah rumah penduduk Gaza yang musnah sama sekali akibat serangan tentera Zionis setakat ini adalah sebanyak 560 buah.

Menurut beliau lagi sepanjang kempen serangan sejak tujuh hari lalu, sebanyak 12,800 buah rumah telah rosak atau musnah.

Angka korban sehingga semalam yang disiarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza adalah seramai 195 orang. Seramai 1260 yang lain tercedera.

Tidak ada laporan kematian dibuat oleh pihak rejim Zionis. Bagaimanapun seramai 208 penduduk negara haram Yahudi itu dilaporkan tercedera.

Berikut adalah ringkasan laporan Kementerian Kesihatan Gaza pada jam 3:00PM, 14 Julai 2014.

Serangan ke atas pegawai perubatan

  • Dr Anas Abu Alkkas – terbunuh dalam serangan udara
  • Mohammed Al Najjar – jururawat, tercedera
  • Nader Al Buhasay – pegawai ambulan, tercedera
  • Husam Radi – Juruteknik Makmal, tercedera ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Kamal Odwan

Kerosakan Pusat Kesihatan

  • Enam pusat kesihatan rosak:
    • Al Fakhari
    • Beach
    • Al Attatrah
    • Ashi clinic
    • Medical Relief for Chronic Diseases
    • Beit Hanoun Center for Medical Relief
  • 13 pusat rawatan lain terpaksa ditutup

Serangan ke atas hospital

  • European Gaza
  • Al Wafa

Ambulan

  • Tiga buah ambulan musnah
  • Pusat Ambulan mengalami kerosakan
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts