GAZA, 27 Nov 2017 — Hampir 5,700 orang penduduk Palestin ditangkap oleh rejim Zionis sejak awal tahun 2017, dengan tangkapan tertinggi sekitar 800 orang dicatat sepanjang bulan Jun.

Laporan Pusat Kajian Tahanan Palestin menyebut bahawa seramai 1,980 daripada mangsa adalah penduduk kota suci al-Quds. Sebahagian besar mangsa akhirnya dikurung dalam penjara, manakala ratusan yang lain hanya dibebaskan selepas disoal siasat.

Tangkapan biasanya dibuat dalam serbuan memecah masuk rumah penduduk pada waktu malam, di samping sekatan jalan yang dibina secara tiba-tiba di laluan-laluan sekitar wilayah yang terjajah.

(Sumber: PIC)

SHARE