6 aktivis Paalestin dikenakan hukuman penjara

AL-QUDS, 30 Mei 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas enam penduduk Palestin atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.

Mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman yang keterlaluan ke atas empat penduduk Palestin yang ditangkap sejak tahun 2014 dengan hukuman penjara hanya kerana mempertahankan masjid al-Aqsa.

Ibrahim Ali al-Natsha, 20, dikenakan penjara selama sembilan tahun dan Majd Maher al-Kurki, 23, dikenakan penjara lapan tahun serta denda.

Muhammad Azmi Bakri, 21, dikenakan tujuh setengah tahun serta ikat jamin, manakala Muhammad Amjad Jaber, 20, dikenakan penjara selama 29 bulan.

Hamza Jabr al-Abassi, 20, turut dihukum penjara atas alasan membaling bom Molotov ke arah sebuah pos haram Yahudi.

Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman penjara ke atas Youssef Rebhi Rajabi, yang ditangkap 24 November lalu, selama sembilan tahun atas tuduhan merancang untuk melakukan serangan menikam orang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts