6 diculik, termasuk jurnalis dan remaja perempuan

NABLUS, 12 Mac 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik enam penduduk Palestib, termasuk seorang jurnalis dan seorang remaja perempuan, dalam operasi di Tebing Barat dan al-Quds.

Dalam operasi di wilayah Ramallah, tentera penjajah menculik remaja Batoul al-Ruhmi, 24, dari rumah beliau di bandar Serda di utara Ramallah. Manakala jurnalis dan bekas tahanan Mus’ab Said, 25, ditangkap dari rumah keluarganya di bandar Birzeit, juga di utara Ramallah. Seorang aktivis di Universiti Birzeit, Soama Fukahaa, ditangkap di bandar Ein Munjid.

Tentera Ziois turut menculik pemuda Ali Mohammed Saada dari rumahnya di bandar Hawara di tenggara Nablus. Bandar berdekatan Ourata turut diseru oleh tentera Zionis, di mana mereka memecah masuk rumah-rumah penduduk.

Pertempuran antara penduduk dan tentera Zionis dilaporkan tercetus di bandar al-Khader dan Tekou’ di wilayah Beit Lahm.

Beberapa sekatan tentera dibina di laluan masuk Jenin-Haifa, di mana penduduk dan kenderaan Palestin diperiksa secara intensif.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts