GAZA, 9 Dis 2018 — Tentera laut penjajah Zionis menculik enam orang nelayan dan merampas dua buah bot di perairan al-Sudaniyya di utara Gaza pagi tadi.

Tentera melepaskan tembakan ke arah bot-bot yang belayar dalam zon empat batu nautikal di perairan al-Sudaniyya, memaksa enam nelayan termasuk dua kanak-kanak menanggalkan pakaian dan terjun ke laut.

Semua mangsa iaitu Ahmad Monir Sa’idi, 10, Mohammad Awad Sa’idi, Mo’men Jamal No’man, Akram Abu Fool bersama anaknya Mohammad, 9, dan Mohammad Abu Jiab, serta dua buah bot dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Nelayan Gaza diganggu oleh tentera laut Zionis hampir setiap hari, di mana mereka ditembak serta ditangkap, bot mereka dirampas dan alatan menangkap ikan dirosakkan. Menurut pertubuhan hak asasi B’Tselem, 95% daripada nelayan Gaza hidup di bawah paras kemisikinan.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE