6 pemuda Baitulmaqdis ditangkap polis Zionis

BAITULMAQDIS, 27 Mei 2018 — Polis Zionis menangkap enam pemuda Palestin di Baitulmaqdis pagi tadi, atas tuduhan terlibat dalam satu demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid al-Aqsa dua hari lalu.

Pihak polis menjelaskan bahawa mangsa ditangkap kerana membawa bendera Hamas dan mengganggu ketenteraman awam di tapak suci itu, pada hari Jumaat kedua di bulan Ramadan.

Polis mendakwa bendera Hamas, poster dan risalah ditemui dalam rumah-rumah mangsa ketika digeledah. Mangsa telah diinterogasi dan akan dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tempoh tahanan.

Pemuda-pemuda terbabit adalah Mamoun al-Razem, Amr Abu Arafa, Amer al-Bazlamit, Mohammed al-Tawil, Samer Abu al-Halawa dan Akram al-Shurafa.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts