6 pemuda Palestin ditangkap di Nabi Saleh dan Nablus

RAMALLAH, 21 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap lima pemuda Palestin di laluan masuk ke perkampungan Nabi Saleh, barat laut Ramallah, dan seorang lagi di sekatan Za’atara di selatan Nablus.

Tentera menyekat kenderaan Palestin di sekatan laluan masuk Nabi Saleh dan menganiaya penduduk, terutama pemuda dan kanak-kanak.

Dalam kejadian di selatan Nablus, tentera menangkap seorang pemuda yang berasal dari bandar Asira al-Qibliya, Abdullah Saleh, selepas menahan beliau bersama empat yang lain selama lebih satu jam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts