6 pemuda, termasuk almarhum Basil al-A’raj, dibicara oleh mahkamah PA

RAMALLAH, 12 Mac 2017 (PIC) — Mahkamah Daerah Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah hari ini membicarakan tuduhan ke atas enam pemuda Palestin, termasuk almarhum Basil al-A’raj yang ditembak mati oleh tentera Zionis pada hari Isnin minggu lalu, atas kesalahan menyertai pasukan pembebasan menentang penjajah dan memiliki senjata secara tidak sah.

Bagaimanapun tuduhan ke atas Basil digugurkan kerana beliau telahpun meninggal dunia.

Lima yang lain, Muhammad Harb, Haitham Siyaj, Muhammad al-Salamin, Seif al-Idrissi, dan Ali Dar al-Sheikh, kini ditahan dalam penjara PA. Perbicaraan ke atas mereka ditangguhkan sehingga 30 April. Bagaimanapun PA masih mengugut untuk memaksa mereka yang tidak hadir ke mahkamah dengan muncung senjata.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts