6 penduduk Palestin termasuk wanita diculik

AL-KHALIL, 15 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya enam penduduk Palestin, termasuk ibu kepada suspek remaja yang menikam anggota polis Zionis di Jabal al-Mukabber, diculik dalam operasi tentera Zionis di Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.

Dalam kejadian di al-Khalil, pasukan peronda tentera Zionis menyerbu kejiranan Ebu Esneineh dan menculik Arafat Abu Husain bersama anak lelakinya Samir selepas memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Mereka juga menggeledah sebuah pasaraya di kawasan Jabal Jawhar, ketika lebih 200 anggota tentera menjalankan operasi di seluruh Kota Lama al-Khalil.

Sementera itu, pemuda Omar Hashash cedera ditembak dengan peluru hidup oleh tentera Zionis di kem pelarian Balata, timur Nablus. Pertempuran tercetus tidak lama selepas kejadian di mana tentera memecah masuk rumah-rumah penduduk dan menculik bekas tahanan Mohamed Marchoud dari rumahnya, serta dua pemuda lain yang dibebaskan kemudian.

Tentera Zionis turut memecah masuk rumah keluarga remaja suspek yang menikam aggota polis di Jabal al-Mukabber, Abed al-Rahman Abu Jamal, dan kemudian menculik ibunya serta mengugut untuk meroboh rumah mereka.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts