6 penduduk Tebing Barat termasuk 2 petugas perubatan diculik

RAMALLAH, 14 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik enam penduduk Palestin termasuk dua petugas perubatan dalam beberapa operasi serbuan di wilayah Tebing Barat malam.

Mereka menyerbu bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah di kejiranan Suwwana di Baitulmaqdis dan menculik dua petugas perubatan, Rajeh Hawarin dan Mohammad Odah.

Di Beit Lahm, dua pemuda diculik iaitu Mohammad Hasan Nawawra dan Jamal Shallash. Tentera Zionis juga menculik Mohammad Jamal Abu Zeina dari al-Khalil dan Zoheir Badran dari Tulkarem.

Tentera Zionis turut merampas sejumlah besar wang tunai dari al-Khalil dan Tulkarem, atas dakwaan digunakan sebagai dana operasi anti-penjajahan.

Operasi memburu penduduk Palestin dilakukan setiap hari di Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Seramai 6,500 penduduk Palestin termasuk 63 wanita, 350 kanak-kanak dan 11 ahli Majlis Legislatif Palestin dikurung dalam penjara Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts