6 wanita Palestin diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Feb 2019 — Polis penjajah Zionis petang tadi mengharamkan enam wanita Palestin daripada memasuk kawasan Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama 15 hari.

Semua mereka dipaksa menandatangani perintah tersebut. Bagaimanapun seorang lagi wanita, Jihad Razmm, akan dihadapkan ke mahkamah selepas enggan menandatanganinya.

Enam wanita terbabit adalah Suad Ubaidiyah, Shafa Imam, Raniyah Ghazawi, Ibtisam Thawil, Zainab Tharuh dan anaknya, Dania.

Mereka diperintah berbuat demikian kerana berkumpul di Pintu al-Rahma di Masjid al-Aqsa, sedangkan tidak berlaku sebarang insiden di kawasan tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts