BAITULMAQDIS, 15 Ogos 2017 — Polis Zionis hari ini menangkap enam wanita Palestin, termasuk kakak kepada Sheikh Raed Salah, yang baru keluar dari perkarangan Masjid al-Aqsa dan mengheret mereka ke sebuah balai polis Zionis di Kota Lama Baitulmaqdis.

Semua mereka iaitu Salasbil Imara, Sajida Mahameed, Samah Mahameed, Sujoud Mahameed, Nour Mahajneh dan warga emas Nahida Abu Shaqra, 65, berasal dari wilayah Palestin 1948 yang terjajah. Nahida adalah kakak kepada Sheikh Raed Salah.

Nahida dan Salasbil ditangkap dari kawasan pasar berdekatan perkarangan masjid, sementara yang lain ditangkap di kawasan pintu masuk masjid.

Tidak ada alasan diberikan atas tangkapan mereka.

(PIC, Maan, WAFA)

SHARE