60 pelampau Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 12 Mac 2019 — Jabatan Wakaf Islam melaporkan seramai 51 pelampau dari kalangan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mereka melakukan ritual Talmud berdekatan kawasan dewan solat Bab al-Rahma, di mana polis mengekang kehadiran para jemaah.

Segerombolan lain pendatang Yahudi menceroboh masuk selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts