60 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 29 Julai 2018 — Polis penjajah Zionis pagi tadi menutup Pintu al-Maghareba di tembok barat Masjid al-Aqsa selepas 60 orang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Seramai 58 pendatang Yahudi bersama dua pegawai Jabatan Aktikuiti Zionis dibawa masuk dalam beberapa gerombolan berasingan, berarak di perkarangan masjid sambil mendengar syarahan tentang kuil Yahudi yang mereka percaya pernah berdiri di situ. Mereka diiring oleh pasukan polis sehinggalah berundur keluar melalui Pintu al-Silsilah.

Pintu al-Maghareba merupakan satu-satunya laluan masuk Masjid al-Aqsa yang dikawal penuh oleh rejim Zionis sejak tahun 1967. Ia dibuka pada dua sesi setiap hari, iaitu sekitar jam 7:00 pagi dan selepas waktu Zuhur. Bagaimanapun ia lazimnya ditutup pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts