60% Rakyat Israel Sokong Serang Gaza Kembali

Nazareth, 17 Apr – Satu kajian pendapat yang telah dibuat di Israel mendedahkan bahawa 60% warga Israel menyokong serangan baru ke atas Jalur Gaza sepertimana yang pernah dilancarkan dalam operasi 23 hari Cast Lead pada akhir tahun 2008 lalu.

Kajian pendapat itu yang dilakukan oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai “New Wave” telah mengadakan pungutan suara melalui akhbar Israel Today yang melibatkan seramai 400 responden

Keputusan kajian menunjukkan hanya 29,6% menentang pandangan tersebut..

Sebuah kajian yang serupa telah dilakukan pada bulan yang lalu yang menunjukkan bahawa 50.8% menyokong kempen ketenteraan baru Israel terhadap Gaza, sementara 38.8% menentangnya. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts