SALFIT, 14 Mac 2019 — Pasukan tentera penjajah Zionis mengiringi lebih 600 pendatang Yahudi menyerbu bandar Kirl Haris di utara Salfit dan melakukan ritual Talmud di tapak-tapak keagamaan dan bersejarah, malam tadi.

Gerombolan besar tentera Zionis dikerah berkawal di jalan-jalan dan atas bumbung rumah-rumah penduduk. Mereka turut menutup sebahagian besar kawasan kejiranan dan menghalang penduduk keluar atau masuk.

Pendatang Yahudi sengaja memasuki kota-kota dan bandar-bandar Palestin untuk melakukan ritual di tapak-tapak keagamaan dan bersejarah Islam, sebagai langkah permulaan untuk mengawal kawasan-kawasan tersebut.

(PIC)

SHARE