61 tahanan wanita Palestin merengkok dalam penjara Zionis

RAMALLAH, 13 Julai 2016 (PIC) — Kenyataan jawatankuasa tahanan Palestin semalam mendedahkan bahawa seramai 61 orang wanita dan kanak-kanak perempuan Palestin masih merengkok dalam penjara Zionis.

Jumlah tahanan tersebut turut melibatkan 12 orang kanak-kanak berumur di antara 12 dan 16 tahun.

Jawatankuasa tersebut turut melahirkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tahanan Helweh Saleem Hamamreh yang semakin kritikal akibat kecederaan parah ditembak ketika ditangkap.

Wanita dari bandar Husan di Beit Lahm itu hanya sedar diri setelah dirawat di unit rawatan rapi Hospital Hadassah, apabila beliau jatuh pengsan akibat kesakitan yang beliau tanggung.

Helweh sebelum ini menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada buah pinggang, pankreas, limpa, dan usus beliau.

Beliau turut didera secara psiko-fizikal dan dihalang daripada mendapat rawatan yang diperlukan ketika ditahan di Hospital Hadassah selama lebih sebulan.

Seorang pendatang Yahudi turut berjaya menceroboh masuk ke dalam kamar rawatan beliau dan mengugut untuk membunuhnya.

Helweh juga tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya yang berumur dua tahun serta ahli keluarga yang lain.

Menurut kenyataan Helweh, tahanan Palestin terpaksa melalui perjalanan yang sangat lama sehingga lebih 10 jam, untuk dibawa ke sesebuah mahkamah walaupun mereka menderita dalam kecederaan atau sakit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts