AL-QUDS, 6 Nov 2017 — Pasukan polis Zionis pagi tadi menutup Pintu al-Maghareebah di Masjid al-Aqsa, yang berada di bawah kawalan rejim Zionis sejak tahun 1967, selepas 64 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Pintu al-Maghareebah ditutup pada jam 10:30 pagi dan para pendatang dibenarkan berlegar di perkarangan al-Aqsa selama tiga setengah jam.

Sekitar 19 orang pendatang Yahudi serta 15 pegawai perisikan Zionis, menyertai pencerobohan tersebut. Pendatang Yahudi turut diberi syarahan tentang Kuil Haikal, sebelum beredar keluar melalui Bab al-Silsila di mana mereka melakukan ritual Talmud.

SHARE