65 anggota polis dan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 10 Feb 2019 — Pasukan polis penjajah Zionis mengiringi gerombolan 55 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Manghareba pagi tadi.

Sementara 10 anggota polis Zionis berpakaian awam turut menceroboh masuk.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci selama lebih tiga jam sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts