65 kanak-kanak Palestin dikenakan tahanan dalam rumah sepanjang 2015

AL-QUDS, 10 Jan 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya 65 orang kanak-kanak Palestin dikenakan hukuman tahanan dalam rumah sepanjang tahun 2015, sehingga menimbulkan kesan psikologi yang serius.

Jurucakap Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riyad al-Ashqar, dalam satu kenyataan menyebut bahawa tentera penjajah Zionis menangkap lebh 1,900 orang penduduk Palestin di al-Quds sepanjang tahun 2015, di mana satu pertiga daripadanya adalah kanak-kanak yang mana 65 daripada mereka dikenakan tahanan dalam rumah.

Riyad mengecam tindakan rejim mengenakan tahanan dalam rumah ke atas kanak-kanak di bawah 14 tahun sebagai satu cubaan untuk memaksa “menjadikan rumah sebagai penjara kanak-kanak dan ahli keluarganya sebagai pengawal.” “Kanak-kanak ini melihat rakan mereka bebas bermain di luar, dan tidak dapat bersama menyertai mereka. Dengan halangan seperti ini, kanak-kanak ini menjadi gelisah dan memarahi ibubapa mereka – pengawal penjara mereka,” kata Riyad.

Menurut Riyad lagi, hukuman seperti ini juga menimbulkan kesan psiko-sosial dalam keluarga terbabit, di mana ia membina tembok di antara anak dan ibubapa mereka. Ibupada turut menjadi tersiksa kerana mereka dipaksa menghalang anak ke sekolah untuk mengelakkan daripada ditangkap semula atau disiksa oleh tentera, yang sekaligus memberi kesan kepada pendidikan dan masa depan anak terbabit.

Ada dua kaedah tanahan dalam rumah yang dikenakan oleh tentera Zionis ke atas kanak-kanak Palestin. Pertamanya, kanak-kanak terbabit berkurung di rumah keluarganya sendiri sepanjang hari. Dalam kaedah yang kedua, kanak-kanak tersebut dikurung di dalam sebuah rumah saudaranya yang terletak jauh dari tempat tinggalnya sehingga dia menjadi terasing dalam masyarakat baharu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts