BAITULMAQDIS, 4 Feb 2019 — Polis Zionis mengiringi puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Segerombolan 37 pendatang Yahudi menceroboh masuk melalui Pintu al-Maghareba dalam sesi awal pagi, berarak di tapak suci itu sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang didakwa kononnya pernah berdiri di situ.

Sementara 30 pegawai polis Zionis berpakaian preman turut menceroboh masuk pada masa yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis mengharamkan tujuh Muslimah memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selama 15 hari, atas tuduhan berhimpun berdekatan Pintu al-Rahma di mana pendatang Yahudi sering melakukan ritual Talmud.

(PIC)

SHARE