Ringkasan

7 Kereta Kebal Zionis Musnah dan 1 Pesawat Tempur Jatuh

Brigade pasukan ketenteraan HAMAS di Palestin menegaskan bahawa mereka berjaya menghancurkan 7 buah kereta kebal Zionis jenis “Merkhava” dengan menggunakan roket dan senjata anti rudal; sehingga menewaskan dan mencederakan┬átentera pasukan Israel.

Abu Ahmad, juru bicara “Saraya Al-Quds” pada sayap militer HAMAS mengatakan: “Bahawa Brigade pasukan ketenteraan HAMAS telah berjaya menghancurkan 7 buah kereta kebal milik Zionis di Perkampungan Az-Zaitun, dan terdapat sepuluh orang tentera Israel yang terbunuh dan tercedera”, dan ditambahkan pula bahawa akibat dari peristiwa tersebut pasukan penjajah banyak mengalami kerugian dan kegoncangan.

Dalam keterangannya Abu Ahmad juga menambahkan: “Bahawa perang yang sebenarnya belumlah dimulai, sementara ribuan pasukan ketenteraan HAMAS telah siap siaga”,┬ábeliau juga┬ámenegaskan bahawa pasukan ketenteraan HAMAS dalam keadaan baik-baik saja; belum ramai yang berguguran pada saat ini, sementara pasukan musuh menyerang warga yang tidak berdosa untuk menutupi kegagalannya, padahal pasukan ketenteraan HAMAS telah siap siaga untuk memperluas medan dan menghadapi perang yang sesungguhnya”.

Harian Telegrap (Bulgaria) melaporkan dari wartawannya di Gaza, Deisi Rezava yang berada dekat wilayah perbatasan Rafah dan Mesir telah menyaksikan sendiri pesawat Israel meluncur jatuh apabila melihat jurupandu pesawat tersebut melompat dari pesawatnya dengan payung paracut. Ia mengaku bahawa jurukamera yang bersamanya berjaya mengambil gambar tentera Israel tersebut.
Sumber: Akbar Ikhwan, Al Jazeera.net

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts