NAZARETH, 30 Okt 2017 — Sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin meninggal dunia dan 11 yang lain cedera, sebahagiannya dalam keadaan kritikal, apabila tentera Zionis meletupkan sebuah terowong bawah tanah di timur Khan Younis, selatan Gaza.

Dua anggota Briged al-Qassam turut terkorban ketika cuba menyelamatkan pejuang-pejuang Briged al-Quds yang terperangkap dalam terowong.

Briged al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami, mengumumkan bahawa komander mereka bagi wialyah tengah Gaza, Arafat Abu Murshid, adalah salah seorang daripada mereka ang terkorban.

Operasi mencari masih diteruskan dan bilangan mangsa dijangka meningkat.

SHARE