7 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik oleh tentera Zionis

BEIT LAHM, 22 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya tujuh penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi.

Di timur Beit Lahm, dua kanak-kanak iaitu Majdi al-Badan, 13, dan Mahmoud al-Amour, 15, diculik dari rumah-rumah mereka di perkampungan Tkou’a. Pada masa yang sama, bekas tahanan Mohamed Taqatqa, 19, turut diculik dari rumah keluarganya di bandar Beit Fajjar, selatan Beit Lahm.

Pasukan peronda tentera Zionis turut menyerbu kota Nablus dan menculik seorang penduduk dari perkampungan Tel di sebelah barat, serta Asirah al-Qibliyeh dari selatan kota.

Tentera Zionis turut menculi dua pemuda dari kawasan kejiranan Ras al-Amoud di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa.

Pertempuran juga tercetus di bandar Abu Dis di timur Baitulmaqdis apabila tentera Zionis penyerbu dan memecah masuk rumah-rumah penduduk.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts