7 Tahun Menuntut Keadilan Pembunuhan Aktivis Palestin, Rachel Corrie

Rachel Corrie / Gambar ehsan Rachel Corrie Foundation

HAIFA, Isnin, 18 Oktober –  Pemandu buldoser yang telah menyebabkan kematian aktivis hak asasi kemanusiaan, Rachel Corrie di Rafah, Gaza, pada Mac 2003, dan komander tentera yang bertanggung jawab atas unit tentera Israel yang bertugas pada hari kejadian tersebut, dijadualkan akan menjadi saksi di mahkamah pada Khamis (21/10), dalam kes saman sivil yang difailkan oleh keluarga Rachel terhadap negara Israel atas pembunuhan kejam itu.

Rachel Corrie, seorang aktivis mahasiswa Amerika dan pembela hak asasi manusia dari Olympia, Washington, dilanggar sampai mati oleh pada 16 Mac 2003, oleh sebuah buldoser Caterpillar D9R ketika  mendiang sedang mengadakan protes tanpa kekerasan atas tindakan Israel menghancurkan rumah warga Palestin bersama anggota Gerakan Solidariti Antarabangsa (ISM).
Sebelum ini pada awal Oktober lepas, mahkamah menerima permintaan Israel agar tentera yang terlibat dalam insiden tersebut dibenarkan untuk menjadi saksi di belakang layar untuk melindungi identiti mereka. Peguam bagi keluarga Corrie mengajukan rayuan ke Mahkamah Agung Israel, meminta agar  minimanya keluarga Corrie dibenarkan untuk melihat tentera tersebut, namun mahkamah menolaknya. Namun, oleh kerana komander unit tersebut telah diwawancara  oleh sebuah televisyen dan telah disiarkan di televisyen Israel pada tahun 2003, maka dengan demikian beliau sudah dikenali awam, ketua hakim memutuskan bahawa tentera itu akan memberi keterangan saksi dalam bilik mahkamah, namun namanya masih dirahsiakan.

Begiuu juga pemandu buldoser yang terlibat dalam kejadian itu, turut akan memberi keterangan saksi di belakang layar. Seorang saksi ketiga yang dijadualkan, hanya dikenali sebagai SL, pemandu kedua buldoser berhampiran rumah warga Palestin di Rafah juga akan memberi keterangan saksi dari belakang skrin.

“Ketika anak kami terbunuh, kerajaan Israel berjanji melakukan siasatan menyeluruh, kredibiliti dan telus dalam kematiannya, dan kami sekeluarga mahupun kerajaan kami percaya akan standard yang telah dipenuhi,” kata Cindy Corrie. “Setelah tujuh tahun, kami berharap para saksi kerajaan akan dipaksa oleh mahkamah ini untuk memberikan beberapa jawapan yang telah begitu lama kami dinafikan hak untuk mengetahuinya.”

Kerajaan Israel berpendapat bahawa kematian Rachel terjadi selama konflik bersenjata di zon tentera tertutup dan harus dianggap sebagai “Act of War,” atau “Perang Operasi,”. Maka tenteranya tidak bertanggung jawab atas kematian Rachel di bawah undang-undang Israel. Israel juga berpendapat bahawa kes tersebut harus dihentikan dan berpendapat bahawa Rachel bertindak nekad mengabaikan hidupnya dan bertanggung jawab atas kematiannya sendiri.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts