7 Terkorban Di Jabaliya – Setelah Zionis Jamin Keselamatan Untuk Pulang

jabaliyaGAZA, 3 Ogos 2014 (Maan) — Tujuh penduduk awam Gaza terkorban dalam serangan tentera udara Zionis ke atas rumah mereka di Jabaliya di utara Gaza, sehari setelah rejim Zionis mengumumkan bahawa penduduk wilayah tersebut selamat untuk pulang ke rumah mereka.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf al-Qidra, mengumumkan enam daripada mereka adalah Bilal Abd al-Karim Najim, Abd al-Karim Najim, Ahmad Abd al-Karim Najim, Raghad Najim, Suha Najim dan Shayma Wael Qasim. Manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dikenali.

Lebih 30 orang yang lain tercedera dalam serangan tersebut.

Sabtu lalu, rejim Zionis mengumumkan bahawa keadaan adalah selamat bagi penduduk di utara Gaza untuk pulang ke rumah mereka.

Sepanjang kempen serangan, Zionis berkali-kali mengugut penduduk supaya meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke tempat ‘yang lebih selamat.’

Menurut UN Office for the Coordination for Humanitarian Affairs (OCHA) sejumlah 445,000 penduduk, iaitu satu per empat daripada keseluruhan penduduk Gaza, terpaksa meningggalkan rumah mereka. Lebih 10,600 buah rumah telah dimusnahkan dan 26,000 lagi mengalami kerosakan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts