70 cedera dalam pertempuran berdekatan pintu Masjid al-Aqsa dan sekitar al-Quds

AL-QUDS, 17 Julai 2017 (IMEMC) — Sekurang-kurangnya 70 orang jemaah, termasuk seorang Ahli Parlimen, cedera diserang oleh pasukan polis Zionis di Pintu al-Asbat berdekatan Masjid al-Aqsa dan bandar al-‘Ezariyya di timur al-Quds malam tadi.

Dua penduduk Palestin turut diculik.

Para jemaah diserang selepas menunaikan solat Isyak di luar perkarangan masjid, sebagai membantah syarat rejim Zionis supaya mereka melalui alat pengesan logan untuk memasuki Masjid al-Aqsa.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) merawat 50 ahli jemaah dan membawa 15 mangsa ke Hospital al-Makassed, di mana sembilan daripada mereka terkena tembakan peluru getah dan serpihan bom pelali. Seramai 25 orang lagi cedera dipukul. Lima orang paramedik PRCS turut tercedera.

Ahli Parlimen Mustafa al-Barghouti, Setiausa Agung Inisiatif Pergerakan Kebangsaan Palestin, turut menjadi mangsa terkena tembakan peluru getah di kepalanya, dan kemudian dikejarkan ke Hospital al-Makassed.

Menurut PRCS, sebelum kejadian tersebut tiga orang wanita dipukul oleh polis Zionis di Pintu al-Asbat, tetapi berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemuda Palestin.

Tentera Zionis turut menyerbu bandar al-‘Ezariyya dan bertempur dengan pemuda Palestin. Empat orang cedera terkena tembakan peluru getah, 15 orang lagi mengalami sesak nafas dan seorang lagi cedera apabila terjatuh ketika dikejar oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts