70 fanatik Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 12 Nov 2018 — Sekurang-kurangnya 70 fanatik pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, sambil diiring oleh pasukan polis Zionis.

Puluhan lagi pendatang Yahudi menunggu untuk menceroboh masuk pada sesi kedua, selepas para jemaah selesai menunaikan solah Zuhur.

Pada masa yang sama para jemaah disekat dan diperiksa di pintu-pintu masuk. Sebahagian daripada mereka dipaksa menyerahkan kad pengenalan sebagai syarat untuk masuk ke tapak suci umat Islam itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts