BAITULMAQDIS, 24 Jun 2018 — Segerombolan 70 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Pasukan keselamatan khas Zionis dikerah bertebaran ke perkarangan tapak suci umat Islam itu, di mana para penceroboh berlegar selama empat jam. Sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud di kawasan sebelah timur perkarangan masjid.

Dalam pada itu, polis Zionis menghalang ramai penduduk Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang masa pencerobohan tersebut.

(PIC)

SHARE