72 penduduk Palestin ditangkap kerana bantah sekatan di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 17 Ogos 2017 — Polis Zionis telah menangkap 72 orang penduduk Palestin dalam dua operasi besar-besaran sejak beberapa minggu lalu, untuk memburu “aktivis al-Asbat” yang dituduh terlibat membantah tindakan rejim penjajah memasang alat pengesan logam di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Seramai 43 orang daripada mereka telah didakwa.

Jurucakap polis Zionis Luba al-Sumari menyebut bahawa sesiapa sahaja yang terlibat, samada secara langsung atau tidak, akan ditangkap dan didakwa.

Rejim Zionis memasang alat pengesan logam dan kamera keselamatan di Masjid al-Aqsa selepas insiden pembunuhan tiga pemuda Palestin di atas tapak suci umat Islam itu bulan lalu, mencetus bantahan dan ketegangan. Namun langkah keselamatan tersebut dibatalkan berikutan tindakan penduduk Palestin mengadakan demonstrasi serta mendirikan solat di jalanan berdekatan pintu-pintu masuk masjid suci itu setiap hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts