740 penduduk Tebing Barat hilang tempat tinggal

AL-QUDS, 27 Julai 2016 (PIC) — Rejim Zionis memusnahkan 168 buah kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat sejak Januari hingga Jun baru lalu, meninggalkan 740 orang termasuk 384 kanak-kanak tanpa tempat berteduh.

Laporan pertubuhan hak asasi B’Tselem mendapati polisi rejim Zionis ini menyebabkan penduduk Palestin berada dalam ketakutan, kerana rumah mereka boleh diroboh dan mereka boleh dihalau keluar pada bila-bila masa.

Pihak rejim memusnahkan tempat tinggal serta menghalau keluar penduduk Palestin dengan menggunakan alasan atau undang-undang yang remeh dan mencurigakan, seperti “pembinaan tanpa kebenaran.” Sedangkan hampir mustahil bagi penduduk Palestin untuk mendapatkan kebenaran Zionis bagi membina datau membaik pulih rumah mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts