78 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 25 Mac 2019 — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi, dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

Seramai 35 pendatang menceroboh masuk di awal pagi, berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu serta melakukan ritual Talmud berdekatan Bab al-Rahmah.

Pada masa yang sama, 43 pelajar dari institusi agama Yahudi turut menceroboh masuk.

Terdahulu, polis Zionis menangkap seorang warga emas selepas menunaikan solat di kawasan Bab al-Rahma. Beliau diheret ke sebuah pusat interogasi.

Polis Zionis turut mengharamkan pemuda, Jihad Qaws, selama satu minggu. Hukuman tersebut dibuat sejurus selepas tempoh pengharaman selama enam bulan ke atasnya berakhir.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts