GAZA, 26 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis melancarkan lebih 100 serangan ke beberapa kawasan di wilayah Gaza malam tadi, mencederakan lapan penduduk awam termasuk dua kanak-kanak.

Serangan bermula pada jam 6:00 petang, menyasarkan bangunan komersial Almutazeem dan rumah penduduk di kejiranan Rimal di tengah kota Gaza, menyebabkan kerosakan besar bangunan dan rumah-rumah sekitarnya. Dua kanak-kanak cedera dalam serangan tersebut.

Sekurang-kurangnya seorang lagi penduduk cedera dalam serangan di timur kejiranan Shujaiyyah, timur kota Gaza. Serangan juga dilancarkan ke barat kota Gaza, Beit Lahiya di utara Gaza, serta Khan Younis dan Rafah di selatan Gaza.

Empat penduduk cedera dalam serangan di Beit Lahiya dan Jabaliya, dan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia.

(IMEMC, WAFA, MEMO)

SHARE