8 Cedera Ditembak Di Qalqilya

QALQILYA, 15 Nov 2015 (PIC) — Lapan penduduk Palestin, termasuk seorang jurukamera Agence France Press, cedera ditembak oleh tentera penjajah Zionis di daerah Qalqiya di Tebing Barat.

Ketua pusat ambulan dan kecemasan Qalqiya, Monder Nazal, berkata semua mangsa ditembak dengan peluru bersalut getah. 14 yang lain mengalami masalah sesak pernafasan apabila diserang dengan gas pemedih mata yang terlalu banyak.

Ketegangan semakin meningkat di kawasan kejiranan Al-Nakar di barat Qalqilya sejak tercetusnya Intifadah Al-Aqsa awal Oktober lalu. Sejak itu, tentera Zionis meningkatkan kempen menyerang penduduk awam dan menceroboh masuk rumah penduduk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts