8 maut, lebih 1,070 cedera dalam perhimpunan GMR Jumaat kedua

GAZA, 6 Apr 2018 — Sekurang-kurangnya lapan penduduk Gaza meninggal dunia dan lebih 1,070 yang lain cedera ditembak oleh tentera Zionis pada hari Jumaat kedua perhimpunan Great March of Return (GMR) di sempadan Gaza.

Ribuan pemuda Palestin berkumpul di kawasan sempadan sejak awal pagi, membakar tayar-tayar bagi mengganggu penglihatan penembak tepat tentera Zionis.

Seramai 25 orang mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan tenat. Manakala 48 kanak-kanak dan 12 wanita turut tercedera.

Salah seorang mangsa yang dibunuh dikenali sebagai Ala’ Yahya az-Zamily, 17, yang ditembak dengan peluru hidup di bahagian lehernya di timur Rafah.

Sebelumnya, seorang lagi pemuda Gaza meninggal dunia akibat kecederaan ditembak oleh tentera Zionis dalam perhimpunan pada Jumaat minggu lalu, menjadikan korban keganasan tentera Zionis ke atas peserta kempen GMR kepada 22 orang.

(IMEMC, PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts